PISANG : PENDAHULUAN


Malaysia adalah bumi yang bertuah, dianggarkan bahawa terdapat ratusan malahan ribuan flora yang tumbuh melata di tanahair kita. Di antara tumbuhan yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia ialah pisang. Pisang adalah jenis tanaman yang ke 4 penting dalam aktiviti tanaman kontan selepas padi, gandum dan jagung. Pisang adalah diantara buah yang popular kerana senang ditemui dan murah pula harganya. Tambahan rasanya memang enak, namun tidak ramai yang tahu mengenai latar belakang tumbuhan jenis ini yang tergolong dalam keluarga Order Zingerberalis ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Melalui blog "pokok pisang" ini akan diterangkan mengenai pisang, merangkumi sejarahnya, nama dan jenis-jenisnya, ciri-ciri dan sifatnya, cara penanamannya, penuaian dan peranumannya, binatang perosak dan penyakitnya serta kegunaannya.