Buah pisang sedia dituai selepas ditanam kira-kira dua setengah hingga lima bulan. Namun begitu, penuaiannya adalah bergantung kepada jenis pisang tersebut. Pisang mula dipetik pada peringkat hijau matang. Kebiasaannya, pisang diranumkan dan tidak dibiarkan masak di pokok. Ini adalah untuk mengelakkan pisang masak tidak serata atau dimakan oleh haiwan.
Untuk jumlah yang sedikit, memadailah dengan hanya membalut pisang dengan kain atau guni jerami. Ia bertujuan supaya suhu yang terperangkap membolehkan pisang masak dengan baik. Manakala kebanyakan peruncit tempatan meletakkan kalsium karbida ke dalam kelompok pisang yang hendak diranumkan.Jika hendak memastikan pisang masak pada waktu yang dikehendaki, caranya ialah dengan mengawal peranumannya. Ia dilakukan dengan mengubahsuaikan atmosfera sekeliling berserta penyimpanan pada suhu rendah, 14 C. Kaedah peranuman jenis ini dilakukan ke atas pisang-pisang yang hendak dieksport.